Thursday, May 7, 2009

ieyda's coming!!!!

Nur Malam...

Renungi malam ini,
rasa kesangsian,
ku kini berada di alam yang sunyi,
hanya bertemankan,
bintang dan bulan di malam kelam...

Hembusan angin bayu,
pastikan berlalu,
seiring dosa lalu yang membelengguku,
moga semalam jadi pedoman dan pengajaran..

langkah kaki kanan ku,
menyusuri rumah suci,
bermula episod baru,
dalam ketulusan hati....

Bila hati menghadap tuhan,
baruku sedar ada kelemahan,
berasa kerdil berbanding yang Esa,
terharu terfikir betapa agungnya Tuhan...

Tuhanku,
aku tidak layak masuk syurgaMu,
namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu,
ku harap terimalah taubat,
dan ampunkan dosa2ku...

Inginku ubah cara hidupku yang lalu,
menjadi hamba yang diredhai selalu,
tiada palsu wahai tuhanku,
Allah yang Satu..

Ku akhiri sujud dengan doa,
semoga dikabulkan hajat,
dijauhkan duka lara,
ku harap terimalah taubat...

Bila hati menghadap tuhan,
baru ku sedar ada kelemahan,
berasa kerdil berbanding yang Esa,
terharu terfikir betapa agungnya Tuhan..

rahmatmu ku harapkan,
ya allah..

rahmatilah hubungan persahabatan kami ini ya allah
dan jangan kau pisahkan kami setelah kau satukan kami
di bawah rahmat dan hidayahmu..

semoga hanya ajal dan maut yang memisahkan
hubungan dunia ini..
dan temukanlah semula kami di akhirat sana...aminnnn ya rabbi..

0 comments: